Raisuddin dpt kejutan, Isteri bawa ‘kembar’ arwh Siti Sarah rai hari jadi bikin ramai sebak

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Raisuddin Hamzah menerima keju.tan istimewa daripada isterinya Siti Fatimah Suberi sempena ulang tahun kelahiran yang disambut baru-baru ini.

Kejutan tersebut adalah kehadiran seorang wanita persis wajah anaknya, Allahyarham Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir aki.bat C.o.vi.d-19 pada Ogos tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Siti Fatimah atau mesra dipanggil Makder berkata, suaminya sudah lama berhasrat untuk bertemu selepas wanita bernama Emy itu tular di media sosial.

“Masa mula2 orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk,” tulisnya hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Justeru sempena hari lahir ke-66, dia berjaya menunaikan hasrat Raisuddin dengan menjemput wanita berkenaan ke rumah bagi meraikan bersama ahli keluarganya termasuk anak-anak Allah.yarham.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama2 dengan kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yang hadir untuk meraikan hari lahir abah (suami).
“Terima kasih jugak untuk Emy & keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” ujarnya yang meneruskan legasi perniagaan Allahyarham.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan reaksi terkejut Raisuddin apabila melihat ‘kembar’ arw.ah anaknya yang membawa sebiji kek selain momen berbual mesra antara kedua-dua belah pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa s.eb.ak terutama ketika melihat wajah anak-anak Allah.yarham dengan meny.ifatkan keh.adiran Emy dapat menjadi pengubat rindu orang ramai.

Allahyarham Siti Sarah yang ketika itu sarat hamil tujuh bulan terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi keempatnya.

Namun, arwah pergi meninggalkan suami yang juga pelawak Shuib Sepahtu dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, serta Ayash Affan yang kini berusia sembilan bulan.

Sumber: Instagram Makder, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.