Resort Dilᾰnda Bᾰnjir, Tiara Jacquelina Trpaksa Minta Fazura & Fattah Amin Pulang Segera

Pusat percutian Tiarasa Escapes Glamping Resort yang dimiliki oleh artis terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina di Janda Baik antara yang terj.ejas ekoran ban.ir k.ilat yang mela.nda kawasan itu awal pagi semalam.

Ban.jir kilat itu menyebabkan beberapa khemah penginapan Tiarasa yang terletak di tepi sungai serta kolam renang dinaiki lumpur.

Menurut Tiara, berikutan ben.cana alam itu, pihak pengurusan resort berkenaan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada terpak.sa menutup opera.si selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

“Kami di Tiarasa juga ter.esan dengan ban.jir kilat yang me.l.nda. Walaupun kami berada di kedud.ukan tinggi, namun, air tetap meng.alir masuk dan menjejaskan beberapa khemah penginapan,” kata Tiara kepada Awani

Justeru Tiara memberitahu, pihak pengurusan Tiarasa juga dengan berat hati terpaksa meminta tetamu-tetamu sedia ada meninggalkan resort berkenaan atas aspek keselamatan.

Antara tetamu yang sedang bercuti di pusat peranginan popular itu ialah pasangan pelakon terkenal, Fazura dan Fattah Amin.

“Kami sangat berat hati untuk meminta mereka meninggalkan Tiarasa. Namun, hanya itu jalan terbaik kerana kami perlu memikirkan soal keselamatan mereka.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, Tiarasa akan kembali boroperasi selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan,” ujarnya yang mengakui sangat berduka dengan tragedi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

Sementara itu, Fazura dalam InstaStory miliknya semalam turut memaklumkan terpak.sa meninggalkan resort berkenaan bersama suami dan anaknya Fateema.

“Terpaksa tinggalkan Tiara Escape tadi kerana Janda Baik ban.jir dan tanah runtuh,” tulisnya.

Dalam entri berkenaan, dia memuat video menaiki ‘buggy’ bersama Fattah dan Fateema.

Pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang itu mengasaskan pusat percutian Tiarasa Escapes Glamping Resort di Janda Baik di tanah keluasan tiga hektar.

Tiarasa Escapes Glamping Resort yang beroperasi sejak empat tahun lalu menawarkan peluang kepada pengunjung untuk bermalam di dalam khemah-khemah moden yang antaranya terletak di tepi sungai.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.