“Salah Ke Nak Cuba Jadi Gegirl?”- Nak lari dari imej lelaki, penampilan terkini Norreen Iman jadi bualan

Personaliti media sosial dan pelakon Norreen Iman tampil menjawab teg.uran seorang wargamaya terhadap penampilannya dalam sebuah video TikTok yang did.ak.wa terlalu ke.tat sehingga menampakkan ben.tuk badannya.

Menerusi platform TikTok, Norreen menga.kui kesila.pannya dan mengucapkan terima kasih buat individu tersebut yang dikenali sebagai Adam Daniel lantaran memberikan teguran yang membina.

Namun bagi Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 28, dia berpakaian sebegitu kerana yakin dengan bentuk badannya dan mahu lari daripada gaya seperti seorang lelaki.

“Saya tahu si.lap saya dalam video ini, saya memakai baju yang menampakkan saya ni wanita. Sebab bila saya bekerja, kebanyakkan pakaian saya seperti lelaki.

“Tip.ulah kalau saya takde rasa insecuritiesConfident tu ada tapi insecure pun ada dari segi badan yang besar. Jadi bila saya bekerja, pakaian saya biasanya blazer, baju lengan panjang, memang macam jantan.

“Cuma sejak beberapa hari ni, saya bercakap pada diri sendiri, saya nak tuk.ar penampilan sebab ada yang teg.ur saya asyik pakai seluar dan blazer je.

“Saya nak nampak Norreen ni gegirl, nak mencuba. Salah ke nak mencuba jadi gegirl. Mungkin baju tu memang fit kat badan saya tapi masa kerja memang saya pakai jaket dekat perut, tutup pun.ggung,” jelas Norreen ketika mempertahankan penampilannya.

Dalam pada yang sama, pelakon drama Rindu Awak Sep.aruh Nyawa itu memohon agar wargamaya jangan sesekali melibat.kan suami dan dua orang anaknya di dalam kecaman yang diterima di ruangan komen.

“Lagi satu, tak perlulah libat.kan suami saya dalam hal ini. Suami aku mema.hami aku, aku respek dia, dia res.pek aku, aku sayang dia, dia sayang aku, dia tahu kerja aku macam ni dan aku selalu cakap kat dia boleh tak i pakai baju macam ni.

“Lagi satu pasal anak, satu benda yang saya tak setuju, awak bercakap pasal anak saya. Awak cakap saya tak ma.lu ke dengan anak-anak, apa maksud awak, anak saya akan ma.lu dengan saya? Awak nampak saya di media sosial, tidak bermakna saya begitu bersama anak-anak saya. Tapi diorang memang tahu mak dia ni gi.la-gil.a.

“Saya hargai dan faham apa yang awak sampaikan insyallah satu hari nanti saya akan berubah menjadi seorang yang lebih baik terutamanya dari segi percakapan dan pemakaian cuma akan amik masa sikitlah.

“Saya minta maaf kalau jadi terlalu ya.kin dengan bentuk badan saya,” jelasnya lagi.

Pada Sabtu, Norreen berkongsi sebuah video menari bersama seorang rakan selebriti, Daniel Cheang ketika mereka berdua bekerjasama dalam sebuah produksi.

Penampilan Norreen yang mengenakan dress ketat dengan rona biru jingga itu telah mengun.dang pelbagai reaksi negatif daripada warga TikTok yang rata-ratanya berpendapat ia ag.ak mela.mpau.

Sehingga kini, video penjelasan Norreen telah menerima hampir 1.6 juta tontonan manakala video tariannya mencecah lebih 1 juta tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.