“Saya Bukan ‘B4ngkai B3rnyawa’ Boleh Telan G4ngguan Orang Ketiga” – Puteri Sarah

Selama empat tahun memendam rasa, Puteri Sarah tidak mahu lagi menanggung penyiksaan lebih parah hingga menyebabkannya berdepan penderaan emosi dan mental.

Menurut Puteri Sarah, selama ini dia tidak berkongsikan perkara itu kerana mahu mempertahankan rumah tangga, namun sabarnya ada batas dan bersyukur segalanya terluah sebelum dia berangkat ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

“Kemelut rumah tangga saya bagaikan tidak kesudahan dan tiada jawapan pasti, apatah lagi, diuji dengan gangguan orang ketiga, sekali gus mendera emosi dan mental.

“Hanya pada Allah saya meluahkan kesengsaraan disebabkan tidak mampu berkongsi dengan sesiapa demi menjaga maruah diri dan keluarga.

“Namun, saya juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Saya bukannya ‘bangkai bernyawa’ yang boleh terus menelan gangguan orang ketiga berterusan selama empat tahun.

“Hari ini, saya lega apabila segala yang terbuku di hati sudah pun terluah, sebelum saya berangkat ke Tanah Suci. Saya mahu mengerjakan ibadat dengan tenang, selain mohon petunjuk Allah,” katanya.

Memohon hidayah daripada Allah mengenai apa yang berlaku, Sarah berkata dia reda dengan apa juga petunjuk Allah.

“Saya mahu memulakan kehidupan baharu sekembali dari Tanah Suci. Apapun detik hati dan petunjuk yang Allah berikan, itulah yang saya akan ikut. Buat masa ini, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apapun keputusan saya selepas ini, itu adalah petunjuk Allah.

“Saya tak mampu nak tanggung sengsara seumur hidup. Saya perlukan ketenangan dalam mencari jalan keluar daripada kemelut rumah tangga tak berpenghujung,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia masih memberikan suaminya ruang sekiranya mahu memperbaiki perhubungan, namun dia reda dengan apa sahaja takdir.

“Jika ditakdirkan jodoh bersama Syamsul masih panjang, saya terima. Namun, jika Allah sudah menetapkan, cukup-cukuplah empat tahun tanggung derita, saya reda dengan apa juga takdir yang tercipta.

“Segala-galanya bukan keputusan mudah, apatah lagi, sudah lapan tahun hidup bersama. Keluarga mentua pula terlalu baik, melayan saya seperti anak sendiri dan menyayangi Syaikhul dan Sumayyah tanpa berbelah-bahagi. Namun, ‘no turning back’ ketika pintu hati sudah tertutup rapat,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga hingga menyebabkan dia dan suami tidak tinggal sebumbung.

 

Sumber: https://www.rotikaya.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.