“Sya tk kahwin snyap-snyap!” – [VIDEO] Ruhainies Sahkan Jejaka Misteri Di Video ‘Malam Berinai’ Adalah….

Pelakon Ruhainies mengesahkan lelaki misteri yang muncul dalam video ‘malam berinai’ di Instagram ialah aktor Zul Ariffin.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, turut menepis dakwaan sudah bernikah secara sembunyi dengan aktor popular itu.

“Video malam berinai yang saya kongsi di akaun Instagram hanyalah gimik pelancaran sempena pelantikan saya sebagai duta sebuah produk.

“Saya tak kahwin dengan Zul pun, apatah lagi bernikah secara senyap-senyap! Saya dan Zul
hanya kawan baik dan dia bersetuju untuk terlibat sebagai penampilan istimewa dalam video terbabit.

“Sebenarnya, masa saya muat naik video itu, ramai followers yang sudah dapat meneka siapakah gerangannya. Bila video ini diperkatakan, saya sedar ramai yang mahu lihat saya naik pelamin.

“Saya serahkan soal perkahwinan kepada ketentuan Allah. Jika cepat sampai jodoh saya, cepatlah saya naik pelamin. Saya mohon doa yang baik-baik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Ruhainies ditemui di majlis pelancara produk Mix Berry Powder Shalicious x Ruhainies di Pavilion sebentar tadi.

Tambah adik kepada pelakon Nur Risteena itu, dia memohon maaf jika gokik yang dilakukan bersama Zul menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tak mahu ada yang rasa tertipu kerana saya sendiri tak pernah cakap pun yang saya nak kahwin atau tunang. Video majlis berinai konsep Hollywood itu pun tiada keterangan lanjut.

“Jadi saya ambil konsep ini selepas berbincang dengan rakan kongsi Shalicious, Sha Hasan dan kami mahu tampilkan Zul untuk jayakan video promosi produk sulung ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

“Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero dan heroin. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Jadi dalam video ini kami seperti watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai,” katanya lagi.

Terdahulu, video suasana malam berinai berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik aktres itu menunjukkan dia memakai inai di jari dan berlari gembira diikuti jejaka misteri dari belakang berserta kapsyen, “A night to remember. One step closer.”

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat jejaka dalam video tersebut dikatakan mirip pelakon kontroversi Zul.

Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga membuat andaian Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul.

Sumber:OHBULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.