”Cantik Sangat”-Izara Aishah Kongsi Foto Ibu Kandung Raih Pujian Ramai

Hanya kerana memuat naik beberapa koleksi gambar bersama ibunya, Shafina Khalid, di Twitter dengan kapsyen ringkas “Mama” telah mendapat perhatian serta pujian ramai.

Izara Aishah.

Kebanyakannya pertama kali melihat wajah ibu Izara Aishah yang mereka sifatkan sangat cantik dan awet muda. Ada juga yang beranggapan mereka ini seperti kakak dan adik. Seiras dan sama-sama cantik!

Izara Aishah mewarisi kecantikan ibunya, Shafina Khalid.

Sebelum ini Izara pernah berkongsi gambar ibunya ketika muda. Memang seiras bukan hanya dari segi raut wajah bahkan mereka memiliki rambut yang sihat dan cantik, serta ukiran senyuman yang sama. Copty paste!

Kecantikan ibu Izara Aishah memang sudah terserlah sejak muda.
Foto terkini ibu Izara Aishah.

Pelakon berusia 29 tahun ini turut berkongsi gambar ratu hatinya itu di akaun Instagram sempena sambutan hari raya Aidilfitri.

Turut dikongsi gambar ibu bersama anak perempuan tunggalnya, Irisa Alaia. Ternyata, rezeki Irisa Alaia yang turut mewarisi kecantikan neneknya itu yang berketurunan Pakistan.

Seperti yang kita lihat, sejak bertudung Izara lebih selesa menjaga privasi terutama di media sosial. Izara kini jarang membuka ruangan komen pada setiap posting di Instagramnya.

Bukan hanya memiliki ibu kandung yang cantik bahkan Izara juga bergelar menantu kepada dua wanita hebat yang juga tak kalah dengan kecantikan tersendiri iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan YM Tengku Zawyah Tengku Izham.

Bersama ibu mentua, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Seorang lagi ibu mentua Izara iaitu YM Tengku Zawyah Tengku Izham.

Izara atau sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak lelaki kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Mereka bernikah pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Irisa Alaia yang kini berusia 2 tahun.

Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 ini mula dikenali menerusi beberapa drama antaranya ialah Keranamu Laila, Vanilla Coklat dan Oh My English!

Komen Neizen:

Kredit Foto: Instagram Izara Aishah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.