Sekali pandang macam arwɑh Siti Sarah, dua kali pun tetap sama… Tapi buka mulut nyanyi lagu ‘Kesetiaan’ terus jadi lain

SEORANG gadis mencuri tumpuan ramai apabila video dia menyanyikan lagu popular Allahyarh4m Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan menjadi tular.

Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tular kerana wajahnya dikatakan mirip dengan penyanyi berkenaan.

Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat komen segelintir netizen yang membandingkan suaranya dengan arw4h Siti Sarah.

“Muka ada iras tapi suara tak.

“Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain,” demikian antara komen netizen.

Gadis berkenaan, Nurul Amera Sulaiman mengakui dia amat terkejut apabila wajahnya dikatakan iras dengan arw4h Siti Sarah.

Jelasnya, video yang tular dirakamkan ketika dia menyanyikan beberapa lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong, Selangor pada akhir Mac lalu.

“Saya merupakan salah seorang bridesmaid (pengiring) pengantin, jadi pada hari tu saya berada sehingga selesai majlis. Masa tu nak dekat pukul 4 petang dan ramai tetamu dah balik.

“Jadi, saya luangkan masa untuk menyanyikan beberapa lagu termasuk Kesetiaan yang dipopularkan oleh arw4h Siti Sarah,” kata gadis berusia 21 tahun itu kepada mStar.

iras siti sarah 2

Amera (kanan) bersama pengantin (tengah) dan seorang rakan yang juga pengiring.

Amera yang lebih mesra disapa Meyy bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Allahy4rham Siti Sarah seperti yang diperkatakan netizen.

“Rakaman tu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti arw4h.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Jadi, sekali pandang mungkin saya nampak macam arw4h. Sebenarnya tak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan arw4h,” ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

iras siti sarah 3

Amera (duduk) menyanyikan lagu bersama rakan.

Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Raudhah College di Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak seiras tetapi persamaan yang diperkatakan itu dianggap sebagai penghargaan.

“Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan arw4h sudah tentu saya terharu. Arw4h Siti Sarah merupakan seorang penyanyi yang begitu disegani.

“Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya suka dengan keperibadian arw4h yang merendah diri,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika.

Menjadikan karya Allahy4rham Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika berkaraoke, Amera akur personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi itu.

iras siti sarah 5

Amera kagum dengan sifat rendah diri All4hyarham Siti Sarah.

Dalam pada itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan Allahy4rham Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati.

“Sudah tentu tak sama, orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara saya macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

“Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti arw4h Siti Sarah. Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara tersendiri.

“Cuma satu yang saya mahu seperti arw4h Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu berkeyakinan dan memukau,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.