Selalu Kongsi Video Cakap Siam, Netizen Kata Loghat Mawar Tak Ori. Ini Kata Mawar Rashid

Pelakon Mawar Rashid yang berdarah kacukan Melayu-Thailand sering berkongsi videonya yang bertutur dalam bahasa Thailand. Bagaimanapun, aktres berkenaan baru-baru ini dite’.gur netizen mengatakan bunyi percakapannya itu bukanlah loghat asli masyarakat di Chiang Mai.

Menerima komen berkenaan di TikTok, Mawar tampil dengan video memberikan maklum balas terhadap komen berkenaan mengakui dia belum lancar berbahasa Thailand dan masih belajar untuk bertutur dengan fasih.

“Ibu dari Thailand dan ayah pula orang Kelantan jadi kami di rumah jarang guna bahasa Thai. Tetapi, nenek sebelah ibu hanya boleh berbahasa Thai dan tidak tahu bahasa Melayu. Dari situlah saya belajar.

“Paling kela.kar apabila ada yang cakap saya google dulu baru cakap. Memang betul pertuturan saya tak lancar macam orang Thai tetapi saya masih boleh berbahasa Thai sikit-sikit dan boleh faham,” katanya yang pernah tinggal di Thailand selepas habis belajar.

Katanya kepada Mstar, apabila ada ayat dan perkataan yang tidak difahaminya, dia terlebih dahulu akan merujuk perkara itu kepada ibunya sama ada apa yang dia mahu katakan itu tepat atau sebaliknya.

Walaupun Mawar menerima komen sebegitu, dia sama sekali tidak berkecil hati dengan pandangan warganet terhadap dirinya. Namun, sebagai manusia biasa adakala hatinya terkesan dengan kata-kata pe.das yang dilemparkan terhadapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Saya tak ambil serius komen kat TikTok sebab kebanyakkan pengguna TikTok semuanya masih muda dan belum matang. Anggap sajalah mereka bergurau ketika sedang menulis komen berkenaan.

“Lagi pun, video saya bercakap bahasa Thai itu hanya sekadar suka-suka kerana ramai kawan-kawan yang suka dan minta saya bertutur dalam bahasa itu,” katanya. –

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.