“Selmt Dtng Ke Kluarga Kcil Kmi” – Smpena Ulng Thn Ke-23, Jinggo Titip Ucpan Istimewa Bt Elisya Sandha.

Pelakon jelita, Elisya Sandha menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke -23 tahun hari ini. Ulang tahun pada kali ini juga menjadi momen istimewa buat Elisya yang bakal menjadi ibu kepada seorang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

“Selamat Datang Ke Keluarga Kecil Kami”

Menerusi hantaran di Instagram, bapa mertua Elisya yang juga penerbit dan pengarah iaitu Jinggo turut menitipkan ucapan istimewa buat menantu pertamanya itu.

“Happy birthday Sya..Selamat datang ke keluarga kecil kami. Keluarga kami tak besar mana pun. Keluarga kami tak sempurna mana pun. Keluarga kami tak hebat manapun.

Tapi keluarga kami bermula dari Papa dan mama. Dari berdua..jadi berempat..dari berempat sekarang berlima. InsyaAllah tak lama lagi akan jadi berenam.”-Kata Jinggo

Luah Rasa Teruja Untuk Bergambar Berenam Kelak

via Instagram Elisya Sandha

Jinggo turut meluahkan rasa terujanya bersama isteri, Sheila Rusly untuk bergambar berenam bersama cucu sulung yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

“Tak sabar Papa dan Mama nak bergambar kita berenam pulak sebab itu tandanya keluarga kita semakin membesar. Semakin sempurna.

Semakin hebat sejak Sya datang dalam keluarga kami. Alhamdulillah. Happy birthday @elisyasandhaofficial. Selamat datang ke keluarga kecil kami”-Kata Jinggo

Sekadar info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy selamat bergelar suami isteri sekitar Ogos tahun lalu. Pasangan ini memutuskan untuk mendirikan rumah tangga setelah lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Happy birthday Elisya Sandha!

pa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber:Murai.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.