Selepas Puteri Sarah, bekas kawan baik Ira Kazar pula buat pendedahan yg mengejvtkan

K0NFLIK rumah tangga pelakon Puteri Sarah semakin pan4s apabila muncul seorang wanita membuat pendedahan terbuka mendakwa dia merupakan sahabat lama Ira Kazar.

Wanita dikenali dengan nama Mira Bakri mend4kwa dia berkawan baik dengan anak kepada pelakon veteran Kazar itu sejak mereka berusia 19 tahun.

Mengenali perangai sebenar Ira, wanita berkenaan berkata dia sudah menegur bekas rakannya itu sejak dulu lagi, namun tetap tidak berubah sikap.

“Aku tak faham jenis perempuan yang nak laki (suami) orang ni, siap ganggu kehidupan isteri dia. Bila bl0ck, dia call sampai berpuluh kali.

“Saya dulu rapat nak m4mpus dengan dia 10 tahun lepas, dia budak sekolah saya tapi bukan satu kelas ya.

“Balik sekolah sama, ambil PMR pun sama. Kau rasa aku tak kenal perangai dia?” antara tulisan Mira di Instastory miliknya.

puteri sarah 2

Puteri Sarah dedah rumah tangga diganggu Ira Kazar.

Sementara itu, Ira yang dihubungi mStar enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.

“Saya nak tekankan di sini… no komen,” jawabnya ringkas.

Fara Salleh nafi kawan rapat Ira Kazar

Dalam hantaran berlainan, Mira juga mendakwa Ira berkawan dengan wanita yang dikaitkan dengan pelawak Shuk iaitu Fara Salleh.

Dakwa Mira, wanita itu juga mempunyai perangai sama dengan Ira, malah dia pernah menerima mesej dari Fara ketika mereka berkawan dengan seorang lelaki yang juga bekas vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik.

Jangan kaitkan saya. Ira adalah salah seorang sukarelawan masa saya buat charity c0vld-19 tahun lepas. Bukan kawan baik.

FARA SALLEH

KEKASIH SHUK

“Ada orang sebut fasal sk4ndal Shuk tu, elok la dia orang berkawan. Matlamat anda sama, tahniah!

“Korang ingat tak sebelum Shuk dia bercinta dengan siapa, dia bercinta dengan Kecik Hyper Act masa tu.

“Nak dijadikan cerita aku pernahlah nak together dengan Kecik, tapi aku tak mahu sebab aku tak nak famous sebab artis.

“Kau bayangkan sk4ndal tu mesej aku sebab Kecik selalu mesej dia macam ni ‘you ni tak sama la dengan Mira, tak ps1ko macam you’.

“Aku dah la tak kenal kau tiba-tiba mesej macam ni sebab apa? Sebab nak minta simpati dekat aku supaya minta Kecik kekal dengan kau. Eh tak ada masa.

“Maksudnya sekarang elok depa (mereka) berdua berkawan sebab dua-dua ps1ko,” tulisnya.

Shuk menafikan dia sudah berkahwin dengan Fara.

Fara masih dikaitkan dengan Shuk.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, Fara memberitahu dia tidak pernah berkawan baik dengan Ira seperti ditulis wanita berkenaan.

Fara turut meminta wanita itu tidak mengaitkan namanya dalam kontr0versi melibatkan Ira Kazar dan rumah tangga Puteri Sarah.

“Tidak, jangan kaitkan saya. Ira adalah salah seorang sukarelawan masa saya buat charity c0vld-19 tahun lepas. Bukan kawan baik.

“Malah saya juga tidak mengenali wanita (Mira) berkenaan. Biasalah tu attention s33ker. Fitn4h pun banyak!” ujarnya kepada mStar.

Kisah rumah tangga Sarah dan suami iaitu Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Sarah mendakwa Ira mengganggu kehidupannya sejak empat tahun lalu sehingga menjadi punca perkahwinannya berantakan.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.