“Sepatutnya Balik Singapura, Tapi Kami Ada Masalah…” – Dah Naik Kereta, Alyah & Tok Ram Terpaksa Patah Balik

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia dan suami yang juga maestro muzik, Datuk Ramli MS sepatutnya menuju ke Singapura bagi menyambut 1 Syawal di sana.

Bagaimanapun, impian untuk beraya di tanah kelahiran suami tidak kesampaian pada Isnin apabila mengalami masalah urusan passport.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Thank You Allah ini menerusi Insta Stories.

“Sepatutnya balik Singapura. Tapi kami ada masalah passport. Jadi kita beraya ala huru-hara di Gelang Patah (tempat kelahiran Alyah) je,” tulisnya.

Menerusi perkongsian video dan hantaran di Instagram, keduanya sedondon mengenakan persalinan baju rona biru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.