“Shakilla Khoriri titip doa sempena hari lahir Fizi Ali” – Tahun Ini Mungkin Sukar Buat Daddy ..

Biarpun sudah mengikut haluan masing-masing, pelakon Shakilla Khoriri tidak lupa untuk menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyampai radio, Fizi Ali, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shakilla, 32, mendoakan yang terbaik buat Fizi walaupun tahun ini sangat sukar untuk dih4dapi.

Kata pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, dia berharap agar bek4s suaminya sentiasa bahagia, kuat untuk memulakan kehidupan baru dan dikurniakan pengganti yang boleh membahagiakan hingga akhir hayat.

Doa Ameena akan sentiasa yang baik-baik untuk daddy dia. I tahu. Semoga segala perancangan Daddy dipermudahkan dan dilancarkan. Diberi kesihatan yang baik untuk terus kuat bekerja cari rezeki.

Tahun ini mungkin sukar buat Daddy tapi insya-Allah mungkin tahun ni juga tahun yang terbaik buat Daddy berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Mungkin juga tahun yang special untuk Daddy dengan orang-orang yang special.

Semoga Allah kurniakan kebahagian yang terbaik untuk Daddy tahun ini dan selamanya. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus bangun dan bina cerita baru untuk hidup Daddy. Semoga Allah kurniakan seseorang yang mampu jaga dan membahagiakan daddy sampai hujung nyawa Daddy.

Dalam pada itu, pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini menyifatkan Fizi sebagai seorang lelaki dan ayah yang terbaik buat Ameena Sofia.

Walau bukan lagi jadi orang yang pertama tapi akan sentiasa ada nota kaki dalam IG ini yang akan jadi memori untuk masa tua dan untuk tatapan Ameena kita bila dia dah besar nanti.

Daddy lelaki dan ayah yang terbaik. Pasti Allah akan jaga dan temukan Daddy yang baik-baik juga.

Perkongsian itu membuatkan rata-rata netizen sebak ketika membaca. Ada juga peminat yang berharap agar pasangan ini kembali bersatu menjadi suami isteri.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas bercerai pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia.

Sumber: Instagram @shakillakhoriri ,OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.