“Shuib skarang bnyk brdiam diri,”- Ada Yg Mndakwa Shuib…, Sekali Poklip Dedah Sesuatu Bikin Ramai Sebak

Shuib sekarang lebih banyak berdiam diri

Ketika jejari Poklip leka berlari di atas papan kekunci, sebenarnya hati ini begitu sebak. Mengenang saat pertama kali mendengar perkhabaran ini. Jiwa Poklip sebenarnya sangat sen.sitif.

Poklip tidak begitu rapat dengan Allahyarham Siti Sarah. Kami saling mengenali, kalau berjumpa pasti riuh juga. Kerana Allahyarham umpama pelangi, yang menceriakan biru langit dan putih awan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Melepasi tujuh purnama pemer.gian insan berjiwa hebat itu, ada yang men.dak.wa suaminya, Shuib masih tidak dapat ‘merelakan’ pulangnya Siti Sarah ke negeri abadi. Dia menyen.diri dan semakin larut dalam jiwanya.

Dakwa sumber, Shuib sekarang lebih banyak berdiam diri. Tidak seperti dahulu. Walaupun dia seorang pelawak, realitinya jiwa Shuib seperti hilang bersama nafas isterinya itu.

“Dahulu Shuib selalu meraikan tetamu di rumahnya. Ketika ar.wah masih ada, memang sero.nok. Meriah. Tetapi kini, dia semakin menyendiri. Ada sahabat mahu datang berbuka dan beraya pun, dia minta ruang sendiri,” dakwa sumber.

Mungkin benar dak.waan seorang rakan, Shuib pulang ke kampung tempoh hari untuk mencari ketenangan dan jiwanya semula. Dia mungkin perlu kembali ke titik pertama hidupnya.

Dia lebih tenang dan banyak tersenyum. Hingga Poklip dengar cerita, dia berbuka dengan banyak berbanding ketika di rumahnya. Kalau tidak, cukup beberapa suap dia sudah berhenti makan.

KUALA LUMPUR, 22 JUN 2020 – Sesi fotografi bersama artis, Shuib Sepahtu bersama isteri, Siti Sarah ketika Majlis Pelancaran Kafe Bubble Bee di Mydin USJ, Subang Jaya di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID / PEMBERITA – AIDA (UTUSAN) / HAIKAL (KOSMO)

Tidak selera katanya. Malah, dia juga semakin su.sut.

Poklip tidak tahu bagaimana untuk memahami perasaan itu. Poklip masih belum pernah merasakan kehi.langan terbesar dalam hidup.

Poklip hanya mampu mendengar dan mendoakan agar Allah memberi segala kekuatan kepada Shuib untuk meneruskan langkah hidup. Terutama demi anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Poklip tahu, Shuib insan luar biasa. Jiwanya seteguh karang cuma nama juga manusia, dia pasti ada rasa sakit, sedih dan kehilangan itu.

Mungkin yang pernah dan tahu, akan memahami rasa kehilangan itu. Lebaran yang berbeza, kehidupan yang berbeza.

Di kesempatan ini, Poklip mohon kita aminkan doa supaya kekuatan dan kesabaran serta ketakwaan akan dicurahkan dalam jiwa Shuib supaya dia mampu berdiri dan berlari semula.

Allah sayang Shuib, Allah sayang kita semua dan Allah sayang Siti Sarah…

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.