Sparring Remy Ishak Kelakar , Wanns Ahmad Mula Kumpul Peminat Jangan Menangis Cinta – “Fuhh sbjikkk sama mukaa!”

Muncul sebagai rakan baik kepada watak Zafran lakonan Remy Ishak dalam Jangan Menangis Cinta, Wanns Ahmad mula curi perhatian.

Kata netizen, selain punyai raut wajah seakan-akan persis Zizan Razak, Wanns juga punyai gaya serta humor seperti pelawak popular itu.

“Apasal mamat ni Zizan’s vibe sangat?

“Zizan kuasa dua ni!

“Member Zaf ni macam Zizan lah,” demikian ciap beberapa pengguna di Twitter.

Wanns melakonkan watak sebagai Hafiz yang merupakan rakan baik kepada Zafran dalam drama Jangan Men4ngis Cinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanns Ahmad (@wannsahmad_official)

Jangan Menangis Cinta mengisahkan perkahwinan yang dirancang antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) membuatkan mereka saling jatuh cinta selepas Riyana didapati berbadan dua. Namun perkahwinan mereka duji apabila anak yang lahir kurang upaya.

Drama Jangan Menangis Cinta adaptasi novel terkenal nukilan Siti Rosmizah dibintangi Remy Ishak, Amyra Rosli, Sharifah Fathimah Hawra, Kiah Propa, Atilia Haron, Amanda Amry, Halim Radzli, Rita Nadira dan ramai lagi.

Jangan Menangis Cinta disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

Sumber:GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.