“Suara Dia Memang Power”- Meerqeen Menyanyi Semula Lagu Lama Curi Tumpuan

ekas peserta Hero Remaja dan kini adalah pelakon, nama Meerqeen nampaknya semakin dikenali ramai. Muncul dalam drama terbaharu berjudul Melur Untuk Firdaus di TV3, pelakon ini mendapat perhatian ramai dengan rupa paras dan bakat lakonannya itu.

Meerqeen
Meerqeen

Malah menerusi drama tersebut juga, ramai yang sudah mula meminati dan mengenali nama Meerqeen. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan pelakon lelaki ini menyanyi telah mencuri perhatian ramai.

Kedengaran Meerqeen menyanyikan semula lagu pernah popular satu ketika dulu yang berjudul Seberkas Sinar nyanyian asal Nike Ardilla. Berikut adalah perkongsian rakaman di TikTok yang memaparkan Meerqeen menyanyi ini yang telah menerima pujian ramai:

Boleh tahan juga suara nyanyian Meerqeen ini! Siapa sangka rupanya bekas peserta Hero Remaja ini memiliki bakat nyanyian juga selain dari menjadi pelakon dan model. Apa-apa pun perkongsian yang memaparkan Meerqeen menyanyi ini telah meraih lebih 271 ribu tontonan dan 31 ribu likes.

Rata-rata warganet turut meninggalkan reaksi mereka yang kagum dengan suara nyanyian Meerqeen ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Meer ni memang penyanyi kan no wonderlah”

Screenshot at Jun 07 09-07-31

“Biasanya yang serba boleh ni, tak lain tak bukan jodoh orang jer”

Screenshot at Jun 07 09-07-11

“Yee sebab dia pernah kata dia nak jadi penyanyi”

Screenshot at Jun 07 09-06-29

“Masa hero remaja dulu dia cakap dia nak jadi pelakon dan penyanyi. So basically dia memang suara sedan dan boleh menyanyi”

Screenshot at Jun 07 09-05-58

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.