“Supaya tk mᾰlu..” – Iqbal Mahu Cepat2 Hantar Ank Angkat Ke Kelas Vokal. Skali Ini Yg Jadi Bualan

Usahawan kontrov3rsi Ahmad Iqbal Zulkefli mula mended4hkan wajah anak angkatnya yang diberi nama Ahmad Ziyad menerusi Instagram semalam.

Menurut Iqbal, anak angkat yang kini menjadi perhatian ramai itu dilahirkan pada 23 April 2022.

“Ahmad Ziyad dilahirkan pada 23 April 2022 bersamaan 22 Ramadan, 10.41 PM dengan berat 2.95 kilogram.

“Kini menjadi pemerhatian oleh banyak pihak. Apapun saya terus rujuk meminta nasihat dari pihak yang lebih arif,” – Iqbal Zulkefli

Titip Pesanan

Lebih menarik perhatian adalah pesanan yang dititip Iqbal buat bayi tersebut. Menurut bekas pembantu peribadi usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu, dia tidak mahu anaknya membaling wang (seperti yang pernah tular dilakukan Iqbal sebelum ini).

Selain itu, Iqbal juga mahu lekas menghantar anak angkatnya itu mengikuti kelas vokal ketika tiba umur yang sesuai agar boleh menyanyi dan tidak malu di atas pentas.

Bukan itu sahaja, usahawan yang baru-baru ini menetap di Indonesia buat seketika itu juga tidak mahu Ziyad membuat carian namanya di Google apabila sudah besar nanti.

“Anakku Ziyad, besar nanti jangan baling duit macam Ayah ya. Cepat-cepat besar Ayah nak hantar kelas vokal supaya tak malu atas pentas nanti. Jadilah kuat sekebal Ayah. Ingat pesan ayah, jangan sesekali google nama Ahmad Iqbal Zulkefli selagi Ayah masih hidup,” – Iqbal Zulkefli

Netizen Beri Reaksi Berbeza

Mengintai ruangan komen, netizen meninggalkan respon berbeza.

“Hahahah kelakar pesanan part jangan Google nama ayah tu”

“Moga Ziyad jadi anak soleh”

“Nanti hantar anak ini ke Pusat Tahfiz supaya menjadi anak yang soleh boleh berbakti kepada negara dan berakhlak mulia”

Terdahulu, isu Iqbal mengambil anak angkat dipercayai kurang disenangi segelintir pihak hingga ada yang mendakwa proses pengambilan anak angkat kini amat mudah dan seakan menyamai aktiviti pemerdagangan manusia.

Sumber: Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.