“Susah Senang Sama-sama”- Fazura Titip Ucapan Buat Jejaka Ini, Siapakah?

Salah satu perkongsian milik pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura di Instagram nya mencuri perhatian ramai bila mana selebriti serba boleh ini menitipkan ucapan istimewa untuk rakan baiknya Roslan Nassir di media sosial.

Titip Ucapan Khas Sempena Hari Lahir

Menerusi hantaran tersebut, Fazura memuatnaik beberapa gambar dan video bersama Roslan yang juga merupakan jurusolek artis profesional bagi meraikan hari lahir rakanya itu hari ini.

Melihat kapsyen khas selebriti jelita ini untuk kawan baiknya itu, dia sangat menghargai persahabatan yang terjalin dan bersyukur memiliki sahabat susah senang seperti Roslan.

“Hari lahir yang istimewa buat seseorang yang sangat istimewa dalam hidup Faz.

Abe Lan, Faz bersyukur Allah SWT hadirkan abe Lan dalam hidup Faz. Bukan saja untuk menambahkan seri dalam solekan, stail kan tudung, tapi abe Lan sentiasa bagi Faz lebih dari tu semua. Sejujurnya, abe Lan lah kawan baik Faz..

Yang sentiasa mahukan terbaik untuk Faz dalam apa saja. Selalu ada dari awal sampai akhir, susah senang sama-sama sampai mood Faz pun abe Lan nak jaga supaya tak ada yang ganggu fokus Faz bila tengah kerja.

Sempena hari lahir abe Lan, Faz doakan semoga abe Lan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, diberkati segala ibadah dan semoga semua doa-doa abe Lan dimakbulkan. Aminnn.” titip Fazura

via Instagram Fazura
via Instagram Fazura
via Instagram Fazura

Roslan Nassir Terharu Dengan Ucapan Tulus Fazura

Muatnaik yang dikongsikan mendapat respon dari Roslan, dia memberi komen meluahkan rasa terharu atas doa dan ucapan yang dititipkan Fazura untuknya.

“Mashaallah… Nak cakap apa ni…

Tak tercakap apa dah ni Faz.. Terdiam terus ni.. Terima kasih Faz dan Fattah. Semoga keluarga bahagia Faz dan Fattah dilindungi dan diberkati aminnn yarabb..

Terima kasih sekali lagi.” komennya

via Instagram Fazura

Terharu betul baca ucapan Fazura, apa pun selamat hari lahir Roslan Nassir!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://murai.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.