Syamsul Bakal Berkahwin Dgn Ira Kazar?, Sekali Ini Resp0nd Mengejutkan Datuk Yusof Haslam

Timbul khabar angin yang mengatakan pengarah filem, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu dalam masa terdekat dan desas-desus itu semakin mendapat perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada berita itu benar ataupun hanya spekulasi semata-mata.

Bagaimanapun, bapa kepada pengarah terkenal itu, Datuk Yusof Haslam nyata ter/.kejut dengan perkara itu dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak akan menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu mengenai hal ini dan terke.jut apabila mendengar cerita. Jadi, saya malas hendak komen lanjut.

“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi, saya harap ia tidak akan terjadi,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, sebuah blog hiburan men.dak.wa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Walaupun tidak menulis nama sesiapa, netizen bagaimanapun mengesyaki go,sip berkenaan adalah merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan berkenaan ditulis berdasarkan seorang sumber yang mendak.wa pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa dengan bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat tersebut.

Sementara itu, Yusof juga berkata, dia kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.

Dia juga tidak mahu is.u terbabit akan menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarganya.

Sumber mStar

“Saya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan menantu saya (Puteri Sarah) kalau cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” katanya.

Terdahulu, konflik rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana menjadi bahan bualan apabila aktres berkenaan mendedahkan hubungan rumah tangga mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada aktor Kazar Saisi.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.