
Rasanya ramai masih tidak sempat merasai Air Balang daripada Youtuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli dan berikutan pengumumannya untuk penutupan sementara perniagaannya itu mencetuskan rata-ratanya bersedih.
Meskipun begitu, ramai salute dengan tindakan Syahmi Sazli yang ingin mengelak beberapa faktor yang termasuk isu parking dan memutuskan untuk menutup Air Balang bermula hari ini apabila kelmarin, (Khamis) menjadi hari terakhir dibukanya.
Namun begitu, jika mempunyai rezeki pengarah filem Mael Totey The Movie ini akan membuka kedai yang lebih besar dan selesa.
Dalam pada itu, melihatkan perkongsianya terbaru mengenai situasi hari terakhir Air Balang Syahmi Sazli dibuka ini menyebabkan dirinya juga terkejut melihatkan story dimuat naik oleh pekerjanya.
Ini kerana jumlah pelanggan yang diterima Syahmi Sazli di hari terakhir Air Balang penuh beratur sehingga belakang pejabatnya. Dalam pada dirinya terkejut melihat sokongan ramai, dia juga sekali lagi berterima kasih dengan sambutan hebat tersebut.
@syahmi.sazliHari ni last mi jual air balang Terima Kasih Semua 👋👋❤️♬ bunyi asal – Syahmi Sazli Production
Menjengah ke ruangan komen, ternyata peminat mengharapkan dia segera membuka kedai baru dan merasa sedih kerana belum sempat merasa air viral tersebut.
“Terbaik Mi, nanti buka tempat lain pulak…”
“Kami rindu nak rasa nanti”
“Tabik spring bos…”
“Cari tempat baru Mie”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com
Sumber: https://himpunanceritalawak.com/
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.