“Tah tah, satgi masuk TV3” – [VIDEO] Iman Troye Rasa Susah Nak Buat Sama Macam Akak Viral.

Rasanya ramai masih tidak dapat lupakan seorang akak viral yang tular selepas muncul kantoi menari merakam video TikTok. Lebih menghiburkan, akak tersebut yang dikenali dengan nama akaun, Gigicheoh terlebih dahulu viral di siaran TV3 sebelum memuat naik di aplikasi TikTok.

Walau bagaimanapun, hasil video akak viral tersebut cukup disukai dan dikagumi oleh warganet apabila dia juga menggunakan lagu latar popular daripada penyanyi, Iman Troye berjudul Pejam Celik Hari Raya.

VIDEO:

Uniknya video akak viral itu kerana dia menari tidak hanya setempat malah di beberapa tempat lain dan baju juga bertukar-tukar memaparkan kreativiti dirinya bukan calang-calang.

Namun begitu, nampaknya Iman Troye juga cuba melakukan video seperti akak viral berkenaan dan hasilnya telah mendapat perhatian ramai dengan pantas dimana dia berjaya mengumpul lebih 90,000 tanda suka.

Iman Troye diruangan kapsyen turut akui bahawa sangat susah untuk menghasilkan video sama seperti akak viral di TV3 tersebut dan meminta tunjuk ajar kepadanya.

VIDEO:

Netizen diruangan komen bagaimanapun meninggalkan ratusan reaksi kepada Iman Troye dalam video terbarunya yang mana telah ditonton 1.1 juta kali selepas dikongsikan kelmarin olehnya di aplikasi TikTok.

KOMEN NETIZEN:

“Tah tah, satgi masuk TV3”

Iman

“Nanti Imam pulak masuk TV3”

IMG_20220418_095156IMG_20220418_095215

“Iman!! You better ajak amoi tu menari sekali”

ImanIMG_20220418_095302

“Style tapi takleh lawan…”

IMG_20220418_095325Iman

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.