“Tak Nafi, Dia Ada Sisi Sweet,”-Mamat Panggil Nadia Brian Ayang

Mula digelar dengan panggilan Ayang, pelakon jelita, Nadia Brian, 30, tidak menolak jejaka popular di Tiktok yang dikenali dengan nama mamatgotnochill atau nama sebenarnya Firdaus Nahar adalah seorang lelaki yang sweet.
Bagaimanapun, hubungannya dengan Firdaus atau Mamat cuma sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.

Foto: IG

“Ya, saya tahu tentang panggilan Ayang yang dia sengaja letak di Instagram Storynya (IGS) semalam. Saya dengan dia tak ada apa-apalah! Saja main-main dan semalam, memang kami ada bertemu di set penggambaran untuk menjayakan sebuah bahan kandungan klien.

“Jadi, dia pun muat naik gambar kami bersama di IGS. Masa itu, memang kami tengah buat projek penggambaran sama-sama. Klien pun suka tengok kami berdua jadi disatukan di set penggambaran itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)


Selain itu, kata Nadia, dia sedar ramai peminat dan pengikut suka dengan keserasian tercipta antara mereka sejak Firdaus mula ‘menyakat’ dan bergurau menggunakan videonya di aplikasi Tiktok.

Jelas Nadia, dia secara peribadi senang dengan cara Firdaus yang disifatkannya pandai berjenaka dan berbakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)


“Agaknya orang tengok kami nampak serasi itu sebab dua-dua jenis selamba kot. Dia pun suka buat lawak spontan dan kelakar. Tapi saya tak nafi, dia ada sisi sweet dia itu.

“Bagi saya, dia ini berbakat dan saya harap dia boleh kembangkan lagi bakat dia dengan idea dan kreativitinya yang tersendiri. Bagi saya, lawak dia itu real dan ikhlas. Itu yang membuatkan orang suka tengok dia di Tiktok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)


“Maksudnya orang boleh terima lawak dia dan saya tengok, lawak dia pun tak adalah melampau. Apa yang penting, orang terhibur. Itu sudah cukup,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia tahu Firdaus sudah mempunyai teman wanita, Nadia bagaimanapun mengaku tidak pasti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)


Sebelum ini, Firdaus tular dalam media sosial kerana sering tampil dengan video menegur dan memperbetul kesalahan pengguna Tiktok dan mengundang tawa ramai pengikutnya.

Antara ‘mangsa’ teguran video Tiktok Firdaus adalah Nadia dan kemudiannya semakin mendapat tempat di hati peminat yang gemar menonton video mereka bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)

Sumber: Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:-CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.