“Terima kasih Bilal Kerana Menjadikan Saya Seorang Ibu” – Neelofa

Baru-baru ini, bersempena sambutan Hari Ibu pada 8 Mei yang lalu, pelakon dan pengacara popular Neelofa telah meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kesempatan untuknya merasai nikmat bergelar seorang ibu.

Menurut Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, nikmat bergelar seorang ibu merupakan perkara yang melengkapi kehidupannya. Neelofa juga dilihat sempat berkongsikan upacan kepada dirinya menerusi akaun Twitter miliknya.

Menerusi posting itu, isteri kepada pendakwah bebas iaitu PU Riz atau Muhammad Haris ini telah merakamkan penghargaan untuk permata hati sulungnya iaitu Bilal kerana telah menjadikan dirinya seorang ibu.

“Terima kasih kepada my sweet Bilal kerana menjadikan saya seorang ibu. Ia merupakan perkara yang terbaik di dalam dunia ini,” kata Neelofa.

Untuk info semua, Neelofa dan suaminya telah berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka iaitu Muhammad Bilal pada Januari lalu. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.