Terkejut nampak Snoop Dogg jaga parking, rupa-rupanya ini yang terjadi

ORANG kata, dalam dunia ini akan ada tujuh individu yang memiliki wajah hampir sama dengan kita.

Benar atau tidak telahan itu, tiada siapa yang dapat membuktikannya.

Terbaharu, tular foto seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang memiliki wajah iras penyanyi rap antarabangsa, Snoop Dogg.

Foto memperlihatkan anggota Rela tersebut sedang bertugas di satu lokasi yang tidak dapat dipastikan itu tular menerusi Twitter pada pagi Jumaat.

“Snoop Dogg kerja Rela guys,” tulis pemilik Twitter @redrun yang memuat naik foto berkenaan.

Sehingga kini, foto itu menerima lebih 5,000 ulang kicau (retweet).

rela3

Snoop Dogg dalam muzik video lagu Pioneers.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur, tak kurang juga yang berjenaka mengenai persamaan wajah mereka.

Role model kita. Famous, kaya, ada nama tapi masih rela bantu rakyat.

“Yang ni ke yang menyanyi dalam video JDT?

rela4

Tangkap layar tweet tular di Twitter.

“Sejak-sejak buat lagu JDT ni,” komen beberapa netizen secara berseloroh, merujuk kepada lagu tema kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim yang dinyanyikan Snoop Dogg baru-baru ini.

Untuk rekod, lagu Pioneers nyanyian Snoop Dogg bersama Joe Flizzow diilhamkan daripada kesungguhan dan kegigihan JDT dalam menetapkan standard baharu bola sepak di Malaysia.

Muzik video lagu tersebut yang diterbitkan pada Mac lalu menerima lebih 610,000 tontonan setakat hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.