“Terkejut Terharu Happy Syukur…,” – [VIDEO] Suami Buat Suprise! Neelofa Dapat Gelang LV

Beberapa hari lalu, selebriti popular Neelofa Mohd Noor berkongsi momen bermakna apabila suami tersayang, Haris Ismail atau PU Riz membuat kejutan memberi bingkisan hadiah.

Menurut Lofa, PU Riz yang ditulisnya sebagai ‘Pak Ustad’ di media sosial berbuat demikian sejurus pulang dari Solat Jumaat.

Video pendek pemberian dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi Tik Tok.

Syukur nikmat atas pemberian berupa seutas gelang, Lofa akui tumpang gembira apabila menonton video seumpamanya.

Video:

“Sebenarnya ni bukan kali pertama Pak Ustad bawa bali surprise hadiah dan Lofa suka tengok video-video bila suami bagi hadiah kat isteri.

“Doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” pintanya sambil disusuli emoji berbentuk hati.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 1.3M tontonan, 105.3K tanda suka dan pelbagai reaksi komen daripada netizen dan peminat.

Komen netizen:
   

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.