[VIDEO] “The Living Legend”-Sikap Humble Tok Ti Bersama Aina Abdul Dipuji Ramai

Sebut sahaja nama penyanyi nombor satu negara ini pastinya ramai dapat membayangkan suaranya yang lunak merdu. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air.

Pernah merangkul pelbagai anugerah sejak dari mula pembabitannya sebagai anak seni, sehingga kini nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza masih utuh dalam hati peminatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Malah sifatnya yang sangat merendah diri dan pandai menghormati orang lain menjadi antara sebab kenapa figura yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini menjadi idola ramai.

Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan situasi di belakang pentas sebuah acara telah mencuri perhatian ramai. Kelihatan Tok Ti bersama Aina Abdul baru sahaja selesai mengadakan persembahan bersama.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kelakuan humble Tok Ti yang tak lekang dengan ucapan terima kasih dari bibirnya. Berikut adalah perkongsian rakaman sikap humble Tok Ti ini:

Perkongsian rakaman sikap humble Tok Ti ini telah dimuat naik oleh satu akaun media sosial dengan nama ainations dan telah meraih lebih 192 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Aduh humble nya walaupun berada di puncak. Mulut tu tak habis2 Tq Tq kat semua orang. Love sangat ni”

Sikap humble Tok Ti 4

“Memang the best mereka ini”

Sikap humble Tok Ti 3

“Leee cakap thank you pon merdu”

Sikap humble Tok Ti 2

“Dato Siti pulak yang say TQ. Punyalah humble dia ni”

Sikap humble Tok Ti 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.