“Tolonglah jangan..”- Gara-Gara Nurul Ain, Ini Yang Terjadi Pada Wafariena

Gara-gara keberkesanan permainan watak pemusnah rumah tangga orang dalam drama fenomena, 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu Nurul Ain, pelakon Wafariena mendedahkan menerima ugutan santau daripada penonton taksub.

Kata Wafariena atau nama sebenarnya, Wafariena Roslan, 27, ugutan tersebut diterimanya menerusi media sosial termasuklah direct message (DM) Instagram.

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam ca.cian, ma.kian, ugu.tan itu ini termasuklah san.tau.

“Barangkali ada yang nasihatkan tak usah ambil serius dengan ugu.tan sebegitu (terutama santau), tapi saya perlu berjaga-jaga dan mengingatkan penonton apa yang saya paparkan menerusi watak Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.

“Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang be.nci dan kec.am bermakna lakonan saya dalam drama memberikan ke.san. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, watak Nurul Ain menerusi drama rantaian arahan pengarah Jamal Khan itu sekali lagi mencetuskan am.arah luar biasa dalam kalangan audiens yang rata-rata mengecam karakter berkenaan yang menjadi orang tengah atau pemusnah rumah tangga Mia dan Khuzairi (lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahaya).

Drama berkenaan telahpun menamatkan tirai menerusi episod akhir, kelmarin.

Ditanya tentang sama ada dirinya selesa melakonkan watak antagonis seperti Nurul Ain, Wafariena berkata, dia terbuka untuk melakonkan watak-watak lain selepas ini bergantung kepada tawaran dan skrip.

“Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apapun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.

“Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insya-Allah,” ujar Wafariena.

Sebelum ini, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang itu mendedahkan, pernah diugut netizen sehingga ingin disimbah asid pada wajah juga disebabkan karakter Nurul Ain yang tergila-gilakan Khuzairi.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.