“Trharu tngk diorang punya..”- Gembira dpt duit raya RM1, reaksi adik-beradik popular ini bt ramai kagum

Pemberian duit raya disaat kedatangan bulan Syawal sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi dimana selain individu yang lebih dewasa menyediakan duit raya buat anak atau ahli keluarga mereka, pemberian duit raya juga akan dilakukan buat tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Namun begitu, isu pemberian duit raya menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini di media sosial apabila ada yang mempertikaikan nilai duit raya diberi.

Melihatkan pula bagaimana reaksi adik-beradik popular ini menghargai pemberian duit raya apabila mendapat duit raya RM1 mencetuskan ramai kagum dan memuji mereka, Alisa Aisyah dan Yusof Iskandar.

279465623_1633998373629605_3354401877023145896_n

Perkongsian video pendek memaparkan adik-beradik popular ini membuka sampul-sampul duit raya dengan reaksi gembira ini membuatkan gelagat mereka disukai ribuan warganet.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang sering dipuji cara didikan terhadap dua cahaya mata mereka ini mencetuskan pasangan sama cantik, sama padan ini sekali lagi dipuji ramai

Hantaran video di akaun Hanis Zalikha tersebut membuatkan Alisa Aisyah dan Yusuf Iskandar menerima ratusan komen positif oleh warganet yang menonton gelagat comel mereka itu disaat membuka sampul duit raya.

“Anak-anak dia happy weh…”

Adik-beradik popular

“… terharu tengok diorang punya reaksi”

IMG_20220511_082128

“Dak Lisaa tu lagi excited dengan duit seringgit comel”

IMG_20220511_082141

“Bagusnya Hanis ajar anak-anak…”

Adik-beradik popularIMG_20220511_082203

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.