”Tuhan Dengar Doa Saya Selama Ini.”-Kak KM Bersyukur Dapat Beli Rumah Banglo RM5 Juta

DI SEBALIK kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah lot banglo, usahawan sensasi Kak KM juga tidak terlepas daripada kec4man apabila dia dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial.

Enggan ambil pusing dengan kec4man netizen itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berharap apa yang dikongsi itu dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kec4m dan cakap kosong sahaja,” katanya kepada mStar.

Bagaikan tidak dapat lari daripada kec4man, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini berkata sudah lali dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kec4m. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikec4m semakin ramai orang kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kec4m inilah ada masalah c3mburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

kak km 2

Kak KM tak hirau kec4man orang.

Bercakap tentang banglo mewah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu, Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak tahun lalu dan dia baharu sahaja menerima kunci rumah secara rasmi pada Ahad.

Kata Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum berpindah dan menetap di sana.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.