“Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Bt Adegan Aksi, Harul Azreen Cerita Cabaran Brlakon Filem The Assistant

Pelakon, Hairul Azreen mendedahkan antara cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang melakonkan filem bergenre aksi, The Assistant adalah untuk menjaga diet dan mengawal pemakanannya.

Menurut Hairul, sepanjang tempoh tersebut, dia langsung tidak menyentuh minuman manis dan makanan segera.

Katanya lagi, proses tersebut sememangnya agak sukar buat dirinya kerana dia terpaksa menahan lapar bukan sahaja ketika berlakon tetapi juga ketika melakukan adegan-adegan aksi.

“Tuhan je tahu perasaan lapar saya bila diet. Video ni selepas scene buka baju. Mungkin senang kalau diet hanya belakon tapi kalau tengah diet kena fight kena berlari MASHAAALAH.

“Lepas tu dapat minum air manis. Guys The Assistant masih kuat di pawagam
jom beli tiket sekarang,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Hanis Zalikha itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Pada masa sama, Hairul turut berkongsi video reaksinya saat menikmati burger selepas selesai melakonkan salah satu babak di dalam filem tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut memuji komitmen yang ditunjukkan Hairul bagi menjayakan sesebuah watak.

“Pengorbanan seorang pelakon yang ramai tak tahu. Semoga segala usaha dan kerja keras membuahkan hasil.

“Anda sentiasa memberikan lebih daripada 100% di setiap filem. Sebab tu saya sokong abang. Terima kasih untuk itu.

“Harap Hairul dapat menang banyak award berprestij selepas ini.

“Nampak kelegaan dan nikmat makan yang ikhlas. Semoha segala usaha Hairul yang bersusah payah untuk filem ini, berhasil dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.

“Semoga terus berjaya dalam bidang lakonan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, filem The Assistant kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh segara.

Selain Hairul, filem ini juga turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Iedil Putra, Hairul Azreen, Farali Khan dan Hanley Hii.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hairul Azreen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mediahiburan.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.