Tular Tali Mask Jovian Terputus Dua Kali Masa Live, “Takde Kualiti Ke Tu…”

Baru-baru ini, kecoh tentang penguatkuasaan pelitup muka yang perlu mendapatkan cop SIRIM atau tindakan boleh dikenakan. Namun selepas menerima maklum balas negatif dari ramai, arahan itu akhirnya ditangguhkan sehingga ke tahun hadapan.

Pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie yang turut mempunyai koleksi mask atau pelitup mukanya yang tersendiri menyokong arahan yang dikeluarkan itu. Malah dia juga turut memastikan jenama pelitup muka miliknya ini mempunyai cop SIRIM dan berkualiti tinggi.

Namun insiden yang berlaku baru-baru ini berjaya menarik perhatian netizen apabila kualiti pelitup muka di bawah jenama Jovian ini dipertikaikan. Semuanya gara-gara tali mask tersebut yang terputus semasa dia melakukan siaran langsung bersama dutanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bukan hanya sekali malah tali pada mask keluarannya ini dilihat terputus sebanyak dua kali semasa siaran langsung itu berjalan. Turut dapat dilihat, ianya berlaku apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza cuba memakainya dan semasa pereka fesyen itu cuba menarik tali pada mask itu.

jovian

Dalam masa yang sama, kedua-dua mereka juga turut kelihatan terkejut dan panik dengan apa yang berlaku. Insiden yang berlaku ini juga turut membuatkan netizen mempertikaikan kualiti pelitup muka itu yang tidak padan dengan harganya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi melihat situasi tersebut. Malah ramai yang tertanya-tanya tentang kualiti sebenar pelitup muka di bawah jenama Jovian itu. Di bawah pula perbandingan Mask murah dari shopee

“Haha 2 keping kan yang putus tu? Satu yang tokti try, satu lagi yang jovian baru ambik tu.”

pelitup muka

“Tali putus tak penting. Yang penting ada cop sirim.”

mask

“Saya pun pernah putus banyak kali gak dalam sekotak tu.”

komen

“Hahaha takde kualiti ke tu…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.