[VIDEO] “Amboi Nasib Baik Tk Terbang Jari Tu”- Gelagat Abby & Norman Hakim Jadi Perhatian

Sama seperti raya tahun lalu, Abby Abadi pasti akan berkumpul untuk menyambut lebaran bersama keluarga Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Sambutan Hari Raya bersama merupakan antara aktiviti wajib bagi keluarga besar Norman dan Abby pada setiap tahun.

Baru-baru ini, Abby berkongsikan satu video terbaru di akaun Instagram miliknya menunjukkan gelagat Abby ketika sesi bersalam-salaman bersama keluarganya.

Walaupun Abby dan Norman sudah mempunyai keluarga masing-masing, namun pasti ramai tahu Abby memang suka menyakat Norman. Keluarga mereka juga mempunyai hubungan yang baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

Menerusi kapsyen posting tersebut, Abby berkata ketika itu Abby sedang meminta duit raya daripada Norman. Sebenarnya, Abby sedang bergurau seperti ingin bersalam dengan Norman. Nakal ya Abby, macam nak terbang jari-jemari itu.

Kemesraan antara dua keluarga ini membuatkan peminat turut merasai kebahagiaan mereka. Seronok betul bila sama-sama sporting, memang sangat meriah keluarga besar ini.

Macam-macam gelagat Abby tapi sangat menghiburkan hati peminat yang menontonnya kerana keluarga mereka nampak begitu bahagia. Kami mendoakan semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik keluarga Norman dan Abby.\

SUMBER: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.