[VIDEO] “Berbelit Kan” – Anak2 Azah Aziz Beri Ucapan Raya, Sekali Benda Lain Jadi Bualan Netizen

Pelakon yang kini menerap di Montreal, Kanada, Azah Aziz mempunyai cara tersendiri dalam menitipkan ucapan raya buat para peminat.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di Instagram, tiga anak terunanya iaitu Aaron, Ryan dan Justin secara ringkas memberikan salam seterusnya memberikan ucapan.

Azah atau nama sebenarnya, Norazah Aziz, 48, menjelaskan, tahun ini mereka cuba berkongsi foto mengenakan persalinan raya apabila menganjurkan rumah terbuka.

“Ucapan Selamat Hari Raya from my boys, Aaron, Ryan and Justin. Tahun ni tak de baju melayu semua dah tak muat dan first raya Justin sekolah, yang lagi dua busy.

“Hubby pun buzy kerja, so sebab tu tak de gambar raya tahun ni, nanti kita buat open house will try to get everyone together for raya pictures.

“Hahh, sorang cakap selamat hari raya, sorang cakap assalamualaikum lakk, ok tak pe Sambut jangan tak sambut okay,” tulisnya.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut sama teruja melihat ketiga anaknya yang kini sudah pun meningkat remaja.

KOMEN NETIZEN :

Azah sebelum ini pernah menetap di Perancis dan London bersama suami, Daud Leroy di samping tiga cahaya mata mereka.

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.