[VIDEO] Did4kwa senyap2 nikah dengan jutawan sebelum Ramadan, ini jawapan Mawar Karim

DESAS-DESUS mengatakan Mawar Karim sudah berkahwin dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan sebelum Ramadan lalu dinafikan usahawan itu.

Bagaimanapun Mawar, 33, mengakui kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang lelaki yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Bekas isteri Fizo Omar itu memohon orang ramai mendoakan rumah tangga yang bakal dibina itu berkekalan.

“Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang.

“Saya harap doakan yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi,

“InsyaAllah dalam tahun ni, saya minta doa semua. Tapi tunggu dulu k3s mahk4mah selesai dulu kot baru fikir pasal tu,” katanya kepada mStar.

Mawar nafikan telah berkahwin sebelum Ramadan.

Mawar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika ditanya, lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, Mawar berkata individu itu hanya orang biasa yang mempunyai perniagaan sendiri.

Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang.

MAWAR KARIM

USAHAWAN

Dia juga enggan mengulas lanjut tentang status lelaki yang bakal menjadi suaminya.

“Status saya mengenali seseorang sekarang ni dan dia orang biasa sahaja.

“Saya dah mengenali orang tersebut dah hampir setahun. Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut.

Mawar bersama anaknya Wan Maryam.

“Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa,” ujarnya.

Untuk rekod Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercer4i pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Terdahulu, dalam sidang media sama, Mawar menafikan dakwaan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000 dan meganggap ia satu fitn4h.

Mawar berkata berita yang tersebar itu memberi kesan kepada reputasinya dalam perniagaan dan bimbang dengan keselamatan anak serta keluarga.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://bartasangbad.site/

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.