[VIDEO] Gelagat Shariq Gabriel ‘g1git’ Chacha Maembong buat ramai terhibur

Sedia tahu bahawa pelakon jelita, Emma Maembong telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Shariq Gabriel pada November dua tahun lalu.

Malah, putera Emma Maembong dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar juga berkongsikan telatah comel anaknya ini kepada umum menerusi ruangan Instagram Shariq Gabriel sendiri yang telah diikuti lebih 135 ribu pengikut.

Baru-baru ini, Shariq Gabriel sekali lagi menjadi bualan netizen. Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok jimbo_555, kelihatan kanak-kanak tersebut sedang beraya bersama ibu dan ibu saudaranya iaitu Chacha Maembong.

Apa yang mencvri perhatian ialah momen Shariq Gabriel menggigit tangan Chacha Maembong ketika pelakon itu mengulurkan tangan untuk bersalaman dengan kakaknya, Emma Maembong .

Selama beberapa saat, pelakon berkenaan masih tidak perasan dengan perbuatan nakal Shariq. Apabila menyedari adiknya sedang ‘dikokak’, dia terus menenangkan keadaan dengan memegang lembut kepal si kecil itu. Namun paling melucukan, mulut anak Emma terus menganga dan seolah-olah mahu memberikan gigitan kali kedua.

Video: 

@jimbo_555 Kenal tak siapa ni🤣. #fypシ #raya2022 ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 3.6 juta tontonan, 326.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Shariq Gabriel.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: tiktok jimbo_555

Leave a Reply

Your email address will not be published.