[VIDEO] “Hari Ni First Day Sleep Train…” – Latih Anak Tidur, Neelofa Menyorok Dari Bilal

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan dia mengambil kelas ‘sleep training’ demi putera sulungnya, Muhammad Bilal.

Melalui perkongsian Neelofa di ruangan Instagram Story, dia memberitahu ilmu ‘sleep training’ bayi adalah sangat berguna.

“Hari ni first day Muhammad Bilal sleep train. Ni, Bilal sedang nesting for about 15 mins. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelap kan bilik and bonding session 15 mins jugak.

“Gigih tau Ummi Bilal ambil class. Actually, ilmu sleep training ni sangatlah berguna,” tulisnya.

Sekadar info, ‘sleep training’ merupakan proses membantu bayi untuk belajar tidur sendiri tanpa bantuan sepanjang malam.

Menurut Neelofa, dia melatih anaknya untuk tidak melihat dirinya ketika waktu ‘nesting’ dan dia seakan-akan sedang menyorok.

“Dari nesting lagi Ummi Bilal asyik menyorok tak nak bagi dia nampak kita.

“Masa ni Bilal dah tutup mata tapi masih gosok-gosok muka to fall asleep,” tulisnya lagi.

Salah seorang daripada pengikutnya turut bertanyakan tentang waktu tidur Bilal.

“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7.30 malam sampai lah subuh.. Tapi akan mintak susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je bukak minum susu,” jawabnya.

‘Sleep train’ tersebut merupakan sesi pertama buat Bilal dan urusan tidurnya dipermudahkan.

“Allah mudahkan sleep train untuk hari pertama, semoga esok dan seterusnya lebih mudah.. Semoga anak soleh ni boleh dilatih menjadi independent sleeper dan membesar dengan baik,” tulis Neelofa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: https://www.xtra.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.