[VIDEO] “Macam Wati dalam Filem Sembilu” – Netizen Puji Wajah Cantik Anak Erra Fazira

Baru-baru ini, primadona Malaysia iaitu Erra Fazira telah memuat naik perkongsian terbarunya yang menarik perhatian ramai peminat.

Menerusi perkongsian itu, Erra telah memuat naik video sambutan hari ulangtahun serta ucapan kelahiran puterinya iaitu Engku Aleesya.

Alhamdulillah cepat betul masa berlalu, kini Aleesya telah pun berusia 13 tahun. Menerusi kapsyen posting tersebut, Erra sangat bersyukur dengan kehadiran Aleesya di dalam hidupnya dan melihat Aleesya membesar merupakan satu memori indah Erra sebagai seorang ibu. Erra turut mendoakan yang terbaik buat anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Erra juga mengambil kesempatan itu untuk mendoakan semoga anaknya membesar menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam kehidupannya. Makin lama makin cantik Aleesya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah Aleesya semakin iras dan cantik seperti ibunya. Ada juga peminat yang mengatakan Wajah Aleesya sangat sama dengan wajah Erra ketika berlakon dalam filem Sembilu.

Netizen juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapan ucapan selamat hari lahir kepada Aleesya. 

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.