[VIDEO] Rupanya Iqbal Jumpa DSV Final BigStage, Sekali Ada Benda Yang Netizen Perasan

Nampaknya kemeriahan di rancangan Big Stage 2022 tidak hanya dimeriahkan oleh peserta-peserta terlibat, tidak disangka-sangka juga beberapa momen lain turut mendapat perhatian oleh warganet.

Satu kejadian ini pula memaparkan gelagat Presiden Netizen di Big Stage, Datuk Seri Vida atau DSV dan bekas peserta Big Stage, Iqbal dimana mereka juga ternyata hangat diperkatakan di aplikasi, TikTok.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan kedua-dua usahawan popular itu dilihat berborak sesama sendiri dan oleh kerana kontr0versi yang terdahulu menyebabkan ramai meninggalkan pandangan masing-masing.

Dsv

Tak kurang juga, ada yang merasakan gelagat Iqbal dan DSV di Big Stage tersebut kelihatan sweet dimana perkongsian itu ditinggalkan ribuan tanda suka.

Namun begitu, ternyata kejadian yang sempat dirakam tersebut turut mendapat perhatian daripada Iqbal di aplikasi, TikTok apabila dia dilihat menjelaskan situasi sebenar yang berlaku disaat itu.

VIDEO:

Perkongsian oleh akaun bernama @dirafdias33 tersebut diruangan komen nampaknya ditinggalkan ratusan reaksi oleh warganet disamping gelagat mereka itu mencuri tumpuan ramai di aplikasi TikTok dengan meraih ribuan tanda suka di hantaran tersebut.

KOMEN NETIZEN :

Dsv

Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida (DSV) tervk dikec4m netizen selepas menyanyikan single terbaharunya, Ku Ikhlaskan pada malam Konsert Final Big Stage 2022 yang diadakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Menerusi hantaran di Instagram, DSV telah memuatnaik video persembahannya dan mencvri perhatian ramai dengan persalinan mengenakan dres rpol merah jambu rekaan Behati.

Walaubagaiamanapun, persembahan Vida yang juga Presiden Netizen dikec4m ramai berikutan ada yang mengatakan usahawan itu sekadar ‘miming’ di atas pentas. Malah, ada yang memintanya untuk tidak berasa bangga dengan jumlah tontonan yang berjuta sekiranya takut untuk menyanyi secara langsung di atas pentas.

“Kalau bibir macam tu, pakai je la lipstick biasa. Menyerlah sangat tu dato.”

“Miming ke laut dalam..Apatah lagi nyanyi live. Guna autotune pun tak sedap didengar.”

“Miming je lebih, Kalau live mau b4njir Putrajaya. Nilai orang dengan semangat kenegerian. Orang suh baca komen netizen dia dok merapu.”

“Tak yakin suara sendiri baik tak payah jadi penyanyi. Tak payah nak banggga view juta-juta kalau nak nyanyi live pun penekut dan malu.” komen mereka

Untuk rekod, Elica Paujin bergelar juara menerusi markah terkumpul daripada juri dan markah undian penonton. Hasil kemenangan itu, anak jati Tambunan itu berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi.

Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Ajai, Dato Seri Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz sebagai juri tetap untuk musim kali ini. Selain Vida, penyanyi Aina Abdul dan Elly Mazlein telah diundang sebagai juri jemputan dan juri jemputan.

Sumber : HimpunanCeritaLawak via murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.