[VIDEO] “Saya Akan Jaga Kesemuanya, Mandikan, Bagi Susu, Tidur Bersama Saya,” – Iqbal Kini Jadi Bapa

Usahawan yang pernah menyertai program Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia kini sudah bergelar bapa.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Iqbal bersyukur kerana impiannya untuk menjaga anak angkat akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Jelasnya, bayi lelaki berkenaan bari berusia tujuh hari dan dia turut merakam aktivitinya membeli kelengkapan bayi buat tatapan umum.

“Anak saya baru usia tujuh hari. Ada nama sesuai untuk lelaki?

“Allah kabulkan doa saya. Jantinanya lelaki. Belum ada nama. Tali pusat pun belum gugur. Saya tidak boleh tunjukkan muka lagi.

“Saya akan jaga kesemuanya; mandikan, bagi susu, tidur bersama saya.

“Sesekali saya akan bagi ibunya jaga. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik, disayangi semua orang.

“Doakan saya juga dimurahkan rezeki untuk ada ramai lagi anak.

“Siapa mahu bagi tip penjagaan bayi awal lahir? Atau ada nama yang sesuai untuk diberi? Boleh komen dibawah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

VIDEO :

Menerusi hantaran sama, Iqbal turut melar4ng sesiapa sahaja yang mahu menyentuh muka anaknya, sebagai langkah perlindugan.

KOMEN NETIZEN :

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.