[VIDEO] Shila Amzah Respon Dakw4an Tengah Tunggu Sharnaaz Ahmad, Netizen Kata ‘Apa Salahnya Dua-Dua Single’

Seperti diketahui ramai, sejak kebelakangan ini pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi terkenal, Shila Amzah sering kali dikaitkan bersama dan rata-rata para peminat berharap agar mereka berdua kembali bercinta.

Dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad

Baru-baru ini, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah ada memuat naik satu video di TikTok memperlihatkan dirinya sedang mendendangkan sebuah lagu Bollywood berjudul ‘Dekha Tenu Pehli Pehli Baar Ve’ tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis penyanyi berusia 32 tahun ini.

Video:

Saya rindu perasaan disayangi/jatuh cinta.

Susulan daripada itu, ramai dalam kalangan para peminat tidak henti membanjiri komen berharap agar Shila Amzah bakal bertemu jodoh kelak. Tidak kurang juga ada yang turut memetik nama pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di TikTok, Shila Amzah menjawab satu kenyataan netizen yang mendakwa dirinya sedang menunggu Sharnaaz Ahmad. Meskipun tidak mengeluarkan walau sepatah perkataan tetapi reaksi Shila Amzah dalam video tersebut seolah men4fikan dakw4an individu terbabit.

Anak kepada penyanyi ND Lala ini juga dilihat menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan sambil menggelengkan kepalanya sebagai isyarat ‘tidak’.

Video:

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan peminat masih berharap agar pasangan selebriti ini kembali bersatu namun ada juga yang meminta supaya orang ramai menghormati privasi penyanyi ini apatah lagi mengaitkan Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad.

Komen netizen:

  

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.