[VIDEO]“Drama Betul Anak Mamu”-Jebat Mengadu Tangan ‘Rosɑk’, Gelɑgat Si Kecil Ini Undang Tawa Ramai

Gelagat anak kepada pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad dikenali sebagai Jebat Jayden ini sering sahaja mencuit hati ramai. Anak kecil ini memiliki personaliti agak menarik dan juga kelakar orangnya. Tidak dibuat-buat dan semua perbuatannya nampak ikhlas sangat.

Malah telatah Jebat Jayden juga sering dimuat naik rakamannya menerusi media sosial. Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Jebat Jayden datang kepada neneknya mengadu tentang tangannya telah mencuri perhatian warganet.

Keadaan tangan Jayden yang ditunjukkan

Dalam rakaman tersebut kedengaran Jebat yang membahasakan dirinya baby mengadu tangannya ‘rosak’. Ingatkan apalah yang jadi, rupa-rupanya tangan Jebat ‘kecut’ kerana terlalu lama berendam dalam air. Bukan sekadar mengadu, anak lelaki ini sempat merengek kerisauan melihatkan keadaan tangannya itu.

Berikut adalah perkongsian rakaman Jebat mengadu tangan ‘rosak’ yang dimuat naik menerusi akaun TikTok noorkartini66:

VIDEO;

Aduhai Jebat, Jebat! Risau betul dia dengan keadaan tangan dia tu. Apa-apa pun perkongsian rakaman Jebat mengadu tangan ‘rosak’ ini telah meraih lebih dua juta tontonan dan 237 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

KOMEN NETIZEN:

Tangan Jebat rosak 3

 

Tangan Jebat rosak 2

Tangan Jebat rosak 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.