[VIDEO]“Siap Peluk…”-Peminat Berbangsa India Kongsi Reaksi Teruja Fazura Berjumpanya

Setiap kali berjumpa dengan artis kegemaran kita, pastinya ramai yang akan berasa teruja dan tidak dapat mengawal perasaan mereka. Namun lain pula situasi yang dikongsikan ini apabila artis kegemarannya iaitu Fazura pula yang terlebih teruja berjumpa dengannya.

Gadis berbangsa India ini berkongsikan situasi semasa dia berjumpa dengan Fazura di dalam satu acara bertemu peminat yang dianjurkan. Apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi Fazura yang begitu teruja melayan gadis itu seolah-olah sudah lama mengenalinya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan gadis itu berada di sebuah acara bertemu peminat di mana Fazura akan bergambar bersama para peminatnya. Gadis itu turut memberitahu dia merupakan satu-satunya peminat bukan beragama Islam yang berada di situ.

Sebaik sahaja Fazura melihat gadis itu, dia pula yang terlebih teruja melihat peminatnya itu sekaligus membuatkan ramai tergelak melihatnya. Apa yang menariknya, Fazura juga siap memeluk gadis itu seolah-olah sudah lama mengenali peminatnya itu.

gadis

Reaksi spontan dari Fazura ini turut mencuri tumpuan ramai di mana ramai yang memuji sikap rendah dirinya ini. Menurut netizen, bukan senang untuk melihat seorang artis terkenal sepertinya yang melayan peminatnya seperti yang dilakukan oleh Fazura.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama tumpang bahagia melihat gadis ini berjaya bertemu dengan idolanya. Malah ada juga yang berseloroh turut berasa cemburu melihatkan layanan mesra yang diberikan ini.

“Baiknya jarang jumpa artis macam ni tak sombong.”

peminat

“Kalau orang lain takut nak bersalam tapi Faz siap peluk peminat dia, salute.”

fazura

“Pernah jumpa jugak fazura dulu, orangnya memang baik sangat sangat.”

komen

“Yeay, bestkan dapat jumpa fazura.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.