“Virus Meny3rang Saraf Telinga Saya..” – [VIDEO] Wajah Lumpuh Sebelah, Justin Bieber Tunda Konsert.

SELEPAS isteri hampir terkena strok sekitar Mac lalu, kini giliran penyanyi Justin Bieber pula mengalami lvmpuh separuh wajah akib4t diserang virus yang dikenali Ramsay Hunt syndrome.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.

Bagaimanapun penyanyi berusia 28 tahun itu memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

“Virus yang menyerang saraf di telinga saya dan saraf muka saya sehingga menyebabkan separuh muka saya menjadi lvmpuh.

“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya ini. Lubang hidung ini tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.

“Jadi bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, secara fizikal, tidak mampu melakukannya,” katanya.

Perkongsian Justin itu juga membuat ramai peminat terutama di Malaysia berasa bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur Oktober depan akan turut terjejas.

Ini agak serius seperti yang anda lihat.

JUSTIN BIEBER

PENYANYI

Sebelum ini, isteri Justin iaitu model Hailey Baldwin berkongsi detik mencemaskan apabila dia mengalami simptom serangan strok pada Mac lalu.

Hailey memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati sarapan pagi bersama suaminya.

Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan model itu kekurangan oksigen.

Berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, penyanyi lagu Peaches ini mahu mengambil masa sekarang untuk berehat sehingga keadaan pulih.

Justin

Isteri Justin pun pernah hampir diserang strok.

“Ini agak serius seperti yang anda lihat. Saya harap ini tidak berlaku tetapi kelihatan badan saya memberitahu yang saya perlu perlahan aktiviti.

“Saya harap anda semua faham, dan saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali kepada 100 peratus supaya boleh melakukan apa yang saya lakukan sejak lahir.

“Kita tidak tahu berapa lama masa yang akan berlaku tetapi ia akan baik-baik saja, saya mempunyai harapan dan saya percaya kepada Tuhan.

“Saya percaya itu semua ada sebabnya. Saya tidak pasti apa yang betul kini tetapi sementara itu saya akan berehat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber:mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.