Wafariena Pura-Pura Bujang , Padahal Dah Bertunang?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular video mendakwa pelakon Wafariena sengaja berpura-pura masih bujang sedangkan dia sebenarnya merupakan tunangan orang.

Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan berkata rakaman dalam video itu merupakan salah satu babak dalam drama lakonannya.

Kata Wafariena, dia masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki dan tidak bersedia lagi untuk memikirkan mengenai jodoh kerana sibuk dengan karier seni.

Foto: IG

“Itu bukan akaun TikTok saya… mungkin peminat yang cipta akaun itu dan kongsi video tersebut. Video bertunang itu sebenarnya dari salah satu babak drama lakonan saya.

“Saya belum lagi nak bertunang… calon pun belum ada. Saya sibuk dengan penggambaran, nak cari rezeki untuk keluarga. Jadi, tak ada masa nak fikir soal itu lagi.

“InsyaAllah kalau betul saya nak bertunang, merisik ke, atau berkahwin, mesti saya akan kongsikan dengan semua orang,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, video memperlihatkan seorang wanita menyarung cincin di jari Wafariena yang duduk di atas pelamin tular di aplikasi TikTok.

Biarpun rata-rata netizen mengetahui rakaman itu hanya babak dalam drama namun masih ada segelintir mereka yang mempercayai ia merupakan majlis pertunangan Wafariena.

“Disebalik pura-pura single di depan umum, diam-diam bertunang,” tulis individu yang menggunakan nama Wafariena untuk akaun TikTok.

Dalam pada itu, Wafariena menyedari kewujudan akaun palsu yang menggunakan namanya dan watak Nurul Ain ketika drama 7 Hari Mencintaiku (7HM) musim ketiga ditayangkan.

Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini mahu membiarkan saja akaun palsu itu selagi tiada perkara mengaibkan dan memfitnah dirinya.

“Sejak drama 7HM musim ketiga ditayangkan, memang saya tahu banyak akaun palsu kongsi video saya di TikTok… ada yang guna nama saya dan nama watak Nurul Ain.

“Saya tak kisah pun peminat nak buat akaun palsu. Asalkan perkongsian mereka itu tidak menimbulkan fitnah atau mengaibkan saya.

“Kebanyakan akaun dicipta peminat itu berkongsi video menarik… rajin pula mereka edit. Saya sendiri pun kadang-kadang tak ada masa nak edit video macam itu,” ujarnya.

Sumber: mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.