“Waww, tahniah Ucop..” (Video) Usop Menᾰngis Bila Tahu Bakal Jadi ‘Daddy’, Skali Ini Pesanan Peminat

Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Usop berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta, Nur Fatihah Md Hashim sedang ha.mil.

Usop junior

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Usop meluahkan rasa syukur dengan rezeki anak yang dikurniakan kepada mereka berdua.

Dalam rakaman video itu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dilihat ter.cen.gang selepas melihat ujian keha.mil.an yang dilet.ak dalam sebuah beg bagasi (luggage).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Teruja dengan kehadiran ahli keluarga baru, penyanyi berumur 24 tahun ini menitiskan air mata sambil meme.luk dan men.cium Fatihah.

Bagaimanapun, Usop tidak mendedahkan usia kandungan isteri kepada umum.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah di samping mendoakan agar dipermudahkan urusan.

Ada juga pengikut yang prihatin mengingatkan naib juara program Mentor Milenia 2017 untuk menjaga isteri dengan baik kerana kandungan masih berada di peringkat awal kehamilan.

Terdahulu, Usop dan Fatihah berkahwin pada 4 Februari lalu selepas dua tahun berkenalan.

Sumber: Instagram @usopofficial, OB

Leave a Reply

Your email address will not be published.