“Waww, bagusnya..”- Baru Setahun Lebih Fatima Dh Ikut Sahur, Fazura Tk Nk Ank Trlalu Mengharapkan Pahala

Baru berusia setahun tujuh bulan, Nur Fatima Aisya sudah diajar ibunya menikmati kemuliaan bulan Ramadan.

Kata pelakon dan usahawan selebriti berusia 39 tahun itu, dia dia berbuat begitu kerana mahu Fatima diperkenalkan dengan kebesaran Ramadan pada usia muda.

Bak kata pepatah, melen.tur buluh biarlah dari rebungnya.

Kredit foto: IG

“Insya-Allah Ramadan tahun ini saya akan fokus memper.banyak.kan amal ibadah. Selain itu tahun ini juga merupakan tahun kedua saya menyambut Ramadan bersama anak (Fatima). Tahun lalu dia masih kecil, jadi ketika ber.sa.hur dia tidak bangun.

“Jadi tahun ini saya mahu Fatima bersama-sama mera.sai kenikmatan bulan Ramadan termasuk bangun sahur bersama,” ujar Fazura ketika ditemu bual dalam program Melodi, semalam.

Selain bersahur, Fatima akan mengikut apa sahaja dilakukan Fazura dan suami, Fattah Amin.

Kredit foto: IG

“Jadi kami kena tunjukkan contoh yang baik. Lagi satu, saya ingin mendidik Fatima supaya tidak terlalu mengharapkan pahala semata-mata kerana berharap keredaan Allah SWT itu adalah lebih penting,” ujarnya dipetik dari Kosmo Online.

Bagusnya pasangan ini mendidik anak untuk melakukan iba.dah sejak kecil lagi.

Jangan pula biasakan memberi duit raya bila Fatima dah mula berpuasa penuh nanti.

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.