“Yang Penting Kita Tidak Ganggu Mereka”- Baby Shima

Penyanyi kontroversi, Baby Shima sebelum ini sering mendapat kecaman netizen disebabkan pemakaian dan video menari geleknya tular di media sosial sehingga mendapat teguran secara terbuka oleh Da’i Fuad.

Menurut Da’i Fuad, seorang wanita seharusnya mempunyai sifat malu kerana ia adalah perisai iman.

“Yang Penting Kita Tidak Ganggu Mereka”

Terbaru menerusi hantaran di Instagram, Baby Shima akhirnya menyatakan bahawa apa yang penting dia tidak mengganggu mereka biarpun dimaki dan dihina orang ramai.

“Biar dim.aki, dih.ina, yang penting kita tidak ganggu mereka.”-Baby Shima

via Instagram Baby Shima

Peminat Beri Kata-Kata Semangat Buat Baby Shima

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Baby Shima. Malah ada yang berpesan agar Baby Shima tidak mengambil peduli terhadap kecaman yang dilemparkan padanya.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kita.”

“Tetap semangat kak.”

“Dalam hidup ini kita mesti banyak bersabar.”

“Peduli je apa netizen-netizen cakap. Mereka fikir yang buruk-buruk je. Kalau satu kesalahan yang buat mereka tu akan ingat sampai mati. Bersabar je. Orang dihina dimaki Allah sedang mengangkat darjat seseorang hamba-Nya.”

“Tetap sabar ya kak semua makian hinaan cacian itu membuat kita lebih baik daripada mereka jangan berpikir negatif, ambil yang positif aja.”

via Instagram Baby Shima

Murai MY sebelum ini melaporkan mengenai tindakan Da’i Fuad yang menegur Baby Shima secara lemah-lembut dan menyatakan bahawa seorang wanita harus mempunyai perasaan malu kerana itu adalah perisai iman.

Da’i Fuad juga menegaskan bahawa keadaan di Malaysia tidak sama seperti di Indonesia

Sumber: Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.