Zara Zya Kongsi Rahsia Tudung Nampak Kemas, Rupanya Cuma Pakai Selotep!

Bagi wanita bertudung, untuk mendapatkan gaya tudung yang kemas sepanjang hari bukanlah satu tugas yang mudah. Biasanya selepas seharian pasti gaya tudung yang dipakai itu tidak lagi sama dan kemas seperti waktu anda mula-mula memakainya.

Baru-baru ini pula, pelakon Zara Zya ada menjawab soalan tentang rahsia tudung yang dipakainya itu kekal kemas dan terletak cantik semasa berlakon. Rupa-rupanya dia hanya bergantung pada satu tips ini sahaja yang berjaya membuatkan ramai berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, Zara Zya menjawab soalan yang ditanyakan padanya tentang rahsia tudungnya yang sentiasa kelihatan kemas. Menurut pelakon itu, dia hanya menggunakan selotep atau pita pelekat sahaja pada tudung yang dipakainya.

Turut kelihatan, beberapa selotep yang dilekatkan pada belakang tudung yang dipakainya itu untuk tidak membiarkan ianya bergerak. Memandangkan ianya dilekatkan pada bahagian belakang sahaja, ia tidak kelihatan pada kamera dan tidak dapat dilihat oleh penonton.

selotep

Lebih melucukan, Zara Zya siap berjalan sambil membaca skrip di tangannya dengan keadaan tudung yang mempunyai selotep itu. Walaupun tips ini kelihatan agak melucukan, ramai pula yang berminat mahu menggunakan tips ini untuk mengambil gambar raya nanti!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat tips yang dikongsikan Zara Zya ini. Malah ada yang berseloroh berasa tertipu dan langsung tidak menyangka dia hanya menggunakan selotep sahaja.

“Ok dah tak rahsia lagi.”

zara zya

“Aku nak kena pergi kerja macam tu ke baru nampak kemas.”

tudung

“Noted kak. Gambar raya saya tahun ni saya akan pastikan kemas dengan rahsia akak.”

komen

“Jangan pelik kalau raya ni ramai beli tape.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.