Zizie Izette Kongsi Video Mesra Dengan Madu. Sekali Ini Yg Jadi Bualan Netizen

Sempena Aidilfitri yang disambut pada 2 Mei lalu, Zizie Izette turut mengambil kesempatan untuk berkongsi foto momen manis bersama suami dan anak-anak ketika meraikan hari raya.

Bagaimanapun, hal yang menarik perhatian netizen adalah video yang dikongsikan memaparkan kemesraan bersama madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin hinggakan ada antara netizen yang meminta tip berkongsi kasih daripada aktres berkenaan.

Jalinan kemesraan dan hubungan baik yang antara Zizie dan Nor Asidah menyentuh perasaan netizen kerana bukanlah mudah bagi dua orang wanita berkongsi kasih seorang lelaki apatah lagi mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bung Moktar Radin (@bungmoktar)

Menerusi kapsyen yang disertakan, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu juga bergurau mengatakan ‘taste’ suaminya, Datuk Bung Mokthar adalah wanita seperti mereka yang ‘comel’ dan tidak berminat dengan perempuan kurus.

“Tengok riak wajah Bung Mokthar yang kelihatan begitu ceria. Kaum Adam yang teringin macam kami janganlah cemburu ya.

“Kalau nak, pergi menuntut ilmu dengan panglima perang Sabah ni,” tulis Zizie lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette)

Terdahulu, Zizie mengesahkan sudah berkahwin dengan ahli parlimen Kinabatangan itu pada 16 Disember 2009 namun tidak diperincikan dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, pada 19 Mei 2010, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu kerana kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini. Sementara itu, Zizie pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai 3 orang anak serta mengambil dua orang anak angkat.

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.